Senarai Ryokan / Hotel mengikut ciri-ciri

Senarai mengikut ciri-ciri Penginapan yang mana anda boleh menggunakan kolam air panas

Senarai mengikut ciri-ciri  Penginapan yang mana anda boleh menggunakan kolam air panas
Fushioukaku
Fushioukaku

Anda pernah dengar?! Di Osaka juga terdapat ryokan kolam air panas! Ryokan onsen (kolam air panas) yang sangat memudahkan, 1 jam dari Dotonbori, Kita dll dengan tren dan bas. Rumah penginapan gaya Jepun ini juga mengalu-alukan pelawat siang hari sahaja dan sudah tentu juga mereka yang ingin menginap, jadi, setelah penat membeli belah di Dotonburi, apa kata berehat di ryokan kolam air panas? Kobe dan Kyoto juga hanya 1 jam dari sini. Nikmatilah pemandangan Jepun di kelilingi alam semula jadi, bungaan dan kehijauan.

Alamat 128-1 Fushio-cho, Ikeda-shi, Osaka
Poskod 563-0011
T E L +81 72-751-3540
F A X +81 72-751-0420
U R L English
http://www.fushioukaku.co.jp/en/
Jumlah bilik Jumlah bilik...69 (Gaya Jepun...57 Gaya Barat...7)
Minamitei
Minamitei

Kolam air panas Inunakiyama, daerah kolam air panas terkenal yang tersembunyi di kawasan pinggir bandar Osaka.Kolam air panas semula jadi Minamitei' dipenuhi sulfur. Segarkan badan dan minda sambil menikmati suasana kolam air panas. Anda juga boleh menikmati hidangan bermusim mewah di bilik tetamu di mana anda boleh mengagumi 4 musim. Hidangan babi Inunaki adalah hidangan stimbot yang sangat terkenal menggunakan daging babi Inunaki, satu-satunya jenama babi kawasan Osaka.

Alamat 2236 Ogi, Izumisano-shi, Osaka
Poskod 598-0023
T E L +81 72-459-7336
F A X +81 72-459-7823
U R L Japanese
http://www.minamitei.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...15 (Gaya Jepun...15 Gaya Barat...0)
Amami Onsen Nanten-en
Amami Onsen Nanten-en

Menawarkan alam semula jadi yang gemilang dikelilingi gunung ganang dari semua arah, sebuah taman Jepun, kolam air panas semula jadi, hidangan musim Jeppun, Nanten-en memberikan peluang kepada tetamu untuk mengalami budaya tradisi Jepun sebenar. Siap lebih dari 100 tahun lalu, bangunan utama gaya Jepun direka oleh Kingo Tatsuno, arkitek sama yang mereka Stesen Tokyo, dan telah diwartakan sebagai Harta Kebudayaan Bukan Benda negara. Mudah diakses, hanya seminit dari Stesen Amami dan 40 minit dari Osaka. Sila lah kunjungi dan alami lah hospitaliti ryokan Jepun!

Alamat 158 Amami, Kawachinagano-shi, Osaka
Poskod 586-0062
T E L +81 721-68-8081
F A X +81 721-68-8012
U R L English
http://www.e-oyu.com/en/nantentop.html
Jumlah bilik Jumlah bilik...13 (Gaya Jepun...13 Gaya Barat...0)
pagetop